Tentang Kami

Dahlya Fashion telah ditubuhkan pada akhir Disember 2010 adalah untuk memasarkan X10der Dahlya hasil inovasi daripada Pn. Emy Dahlia Burhanuddin. Bermula dengan satu produk Dahlya Fashion terus mengorak langkah untuk menghasilkan beberapa produk inovasi yang menjadi keperluan para muslimah. Antara produk inovasi kami ialah Dahlya Button, Dahlya Shawl Button & Dahlya Inner Shawl yang kesemuanya dihasilkan untuk penggunaan yang praktikal dan sederhana serta menurut syariat Islam.

X10der Dahlya kami dihasilkan bagi tujuan membantu para muslimah memakai sarung tangan yang longgar dan selesa kerana itulah kami meggunakan kain yang berkualiti dan memberi pilihan saiz kepada pengguna agar boleh memilih saiz yang bersesuaian dengan mereka untuk dipakai longgar. Begitu juga dengan Shawl dan Tudung dari Dahlya Fashion yang kami hasilkan adalah labuh menutupi dada dan mempunyai pilihan saiz M-L & XL-XXL. Shawl kami juga dipermudahkan cara pemakaiannya kerana telah diinovasikan bersama butang bagi menggantikan penggunaan brooch. Dahlya Inner Shawl kami juga direka agar dapat memberi keselesaan maksimum kepada para muslimah. Dari segi warna pula kami lebih banyak menghasilkan warna-warna basic seperti Hitam, Putih, Milange (Grey) & Brown dan terdapat juga warna-warna lain.

Saya sebenarnya berada di muka bumi Allah ini adalah untuk mencari redha Allah dan tanggungjawab saya sebagai peniaga adalah satu ujian yang mana saya berusaha sekerasnya untuk menjalankan yang terbaik. Bagaimana saya ingin mencontohi wanita yang pertama memeluk Islam, wanita paling agung se-jagat raya sekaligus isteri dari manusia paling agung sepanjang zaman; dialah Khadijah binti Khuwailid ra. Terlalu jauh rasanya yang tak dapat dibayangkan dek mata tetapi segala kisahnya akan saya jadikan sandaran dan kekuatan untuk saya, dalam menempuh dugaan dan suratan yang telah tertulis ini.

Khadijah Binti Khuwailid adalah seorang saudagar wanita yang sangat terhormat dan kaya raya (dipetik dari buku 35 Sirah Shahabiyah tulisan Mahmud Al-Mishri).

Khadijah Binti Khuwailid adalah seorang wanita yang sangat dermawan dan pemurah. Ia menyukai segala sesuatu yang disukai oleh suaminya tercinta dan berusaha sekuat tenaga untuk dapat membahagiakan hati suaminya. (* dipetik dari buku 35 Sirah Shahabiyah tulisan Mahmud Al-Mishri)

Semoga Allah memberikan kekuatan tersebut dalam pengembaraan saya mencari redha Allah. Terima kasih kepada suami saya Mohd Sofri Bin Arshad atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

Salam Hormat
Emy Dahlia Burhanuddin